CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

dream girl...

dream girl...
cerita kehidupan realiti dan fantasi

Wednesday, October 26, 2011

RINDU

Sesetengah orang tak suka baca blog orang lain yg cerita pasal hidup dia.. Bagi aku depends la pada pemilik blog. Dia ada hak.. Sesetengah orang create blog untuk business, ada yang nk share info dan macam2 lagi la. Bagi aku, blog ni tempat untuk aku menulis apa-apa saja yang aku suka. Kadang nak meluahkan perasaan. Kadang-kadang terasa nak menulis.. nk bercerita... 




Hari ni aku nak cerita pasal kerinduan aku pada seseorang.. dah berkurun lama x jumpa. sebulan seminggu.. lama x? hehe... rindu dah terlampau ni.. tengok gambar kat atas. termenung je aku.. hehe.. aku pun xtau la pe nak buat. dah hari ni rasa rindu tersangat. nak ambik ubat jauh.. kt kedah.. huk3.. dah rindu layan plak lagu jiwang. memang berkarat la..

Tu je aku nak bagitau. yg aku rindu dia sesangat-sesungut dah.. Pape pun kita boleh rindu pada sesiapa pun.. tapi jangan lupa rindu padaNya yang satu..


Wednesday, April 27, 2011

Kebahagian Bukan Milikku (Part 2)

"Isya cuti sampai bila?" soal mama.
"Tiga minggu je ma. Isya ada short sem. Tak dapat la cuti lama-lama," kataku.

Aku dapat melihat wajah mama yang sayu. Aku tahu mama sunyi. Mama bosan. Kalau la mama mendapat seorang suami yang penyayang, yang ada hanya untuk mama, mesti hidup mama ceria. Aku tidak kisah kalau mama mahu mencari pengganti lain. Aku menyokongnya. Aku tidak mahu mama keseorangan dalam menempuh hari-hari tuanya nanti. Sekarang hidup mama hanya bertemankan adik-adikku. Ayah jarang sekali pulang.

"Nanti isya dah balik kolej, tak ada siapa la nak sembang dengan mama. Adik-adik kamu sibuk dengan sekolahnya. Ika pula memerap je dalam bilik. Tinggal mama dengan Aril je. Aril ni pun tahun depan dah nak tadika," mama meluahkan perasannya.
"Peah kan ada.. Mama makan peah makan. Mama tidur peah pun ikut tidur.. Mama joget confirm peah pun joget.. hehe," gurauku.
"Tapi bila mama tanya, yang peah tahu jawab 'meow..meow..' je la," balas mamaku.

Aku kasihankan mamaku. Banyak dugaan yang ditempuhinya. Aku masih teringat kata mamaku suatu ketika dulu. "Mama bertahan pun kerana anak-anak mama".

Kebahagian Bukan Milikku (Part 1)

"Mama.... good morning mama," laungku sambil tersengih.
"Morning pe dah nak masuk tengah hari ni.. tu nasi lemak pagi tadi bawah tudung saji. Cucur badak pun ada, aril beli kat kedai maksu tadi," membebel mama..
"Ala ma ni.. baru pukul 11 pagi. Kat kolej kan ma, malam isya study, nak subuh baru tidur.. dah terbiasa ma," mengomel aku pada mama.
"Ye.. mama tahu.. isya baru lepas exam.. jadi burung hantu kan. Macam mana la exam?" soal mama.
"Exam? Boleh2 la mama.. tengok la result nanti macam mana. Mama doakan tau result isya elok," pintaku.
"Mama selalu doakan anak-anak mama berjaya. Dah, sarapan dulu. Nanti nak makan tengahari pulak," arah mama.

Cahaya lampu kereta terang terpancar ke sliding door rumahku. Mama menyelak langsir untuk melihat siapa tetamu yang datang. Rupanya ayah. Mama memberitahu, sudah dua minggu ayah tidak pulang. Aku keluar menyambut ayah.
"Isya.. bila balik?" tanya ayah.
Semalam ayah.. jawabku sambil mencium tangannya. Diikuti dengan adik-adikku yang mengikut perbuatanku.
Usai makan malam, aku dan adik-adikku masuk ke bilik untuk berborak panjang. Tinggallah mama menemani ayah menonton televisyen.

Mama...mama...
"Ayah mana mama?" tanyaku.
"Dah balik lepas subuh tadi," balas mamaku.
"La.. awalnya ma. Tak sempat nak borak apa-apa pun semalam," aku mengadu.
"Biasalah tu. Bini mudanya call. Bukan bagi ayah duduk lama-lama kat sini," kata mama.
Aku dapat merasa betapa kecewanya mama. Walaupun mama kata dah lali, dah tak kesah, tapi aku dapat memahami perasaan mama..
Sabarlah mama...

Monday, March 21, 2011

Lao Shi... wa mau blajar makeup lo...

wa Fa Li Han, lao shi untuk entry kali ini..
wa mau ajar makeup lo... wa punya member zaza panggil wa lao shi, dia mintak wa ajar sama dia makeup untuk pergi dinner kolej 5th March yg lepas di Hotel Marriott dekat Putrajaya..

kalau ikut buku sejarah form 7, Lao Shi Fa Li Han pernah mengikuti kelas bahasa cina mandarin selama setahun masa standart 4. itu aku la... dah berkurun lama dah. dah tinggal sejarah mungkin berulang. tapi sekarang bukan nak cite kelas bahasa cina, tp kelas belajar make up..

aku bukan pro pun, makeup besa2 je.. dah minat kn.. time form 4 dah start pakai compact powder pi kelas. siap kepit bulu mata lagi bagi lentik. hehe... kat rumah selalu je makeup adik2, sepupu, mak, makcik aku time pi kenduri kawen. kalau kat kolej ni, makeup mmbr2 time nak pi dinner.. utk dinner kolej yg lepas, aku makeup dlm 5 org mmbr... cece(rumet) panggil aku mak andam.. hehe

so, bg yg xde idea langsung macam mana nak makeup, boleh la ikut step kat bawah.
1) firstly, letak foundation... kalau nak muka macam opera cina, letak banyak lapis.
2) then, sapu compact powder bg rata.
3) and then, untuk makeup mata, letak eyeshadow ngan eyeliner. macam mana nak buat? you tube je...   senang.
4) kepit bulu mata. letak bulu mata palsu kalu nak. pastu letak maskara.
5) letak blusher sikit.
6) shading idung bg mancung.
7) lukis kening sikit.
8) lastly, letak lipstick.

pandai2 la makeup supaya x nampak macam badut ye... untuk adik2 yang nak try kat rumah, pergi pinjam makeup mak ke kakak kejap. tp jangan rosakkan makeup. takut kena kejar keliling rumah pulak.:)

ni hotel marriott yang kteorg pergi. cantik kan.. tp x sempat nak bergambar kt tmpt2 yg cantik sbb aku ngan cece xsiap makeup lagi.

tgh makeupkan my rumet..

dari dulu lagi aku suka pakai bedak Miyami.. xpenah ubah brand lain.

lipstick aku suka pakai watershine pure dari Maybelline.. mmg setia gak la.

aku rekemen kt rumet aku benda2 yang aku suka. so, dia pun beli gak...hehe




Saturday, March 5, 2011

Luvia - Jangan Menangis Untukku

happy anniversary my mr.chef

28 feb 11
my 3rd anniversary with mr.chef...
hepy anniversary my dear... i love u..


sory, x smpt nk celebrate anniversary.. sory ye... :(
kteorg plan nk smbut on 1st march tp tetiba aku ada klas plak.. dia xbg ponteng. sob3x..:'(
so, aku juz bg hadiah je.. aku xtaw nk bg pe. bju melayu, tshirt, seluar, bangles, kain sejadah, kain pelekat, kain perca smue dh bg dh..

dh byk ari pusing cari hadiah. last skali jmpa mug ni... aku nk dia bancuh air pkai mug ni.. konpem sedap..



aku bg chocolate n sijil pghargaan.. x sain lg. hehe..



ape yg aku tulis dlm sijil anniversary?
xnmpk? ni dia...


KEMENTERIAN CINTAN CINTUN
JABATAN SAYANG TERLEBIH SUDAH

SIJIL PENGHARGAAN
Adalah dengan ini  diperakui sejak zaman berzaman
bahawa
MD.ZAKI BIN NAYAN
telah berkhidmat dengan cemerlang sebagai kekasih awal dan akhir kepada
NUR FARIHAN BT AZMI
bermula pada
28 Februari 2008 hingga 28 Februari 2011
Diharapkan dapat berkhidmat hingga hujung nyawa
TAHNIAH!


hehe... hope we happy ever after... :)

Thursday, February 17, 2011

Hadiah untuk pria terhebat?

Hebat sgt ke pria ampa smua? hot ke? gempak? cun abis... oppsss.... hehe...
So? not bad? ikut mata yg memandang. rite?
So, my 3rd anniversary ujung bulan ni.. Aku tgh pkir nk bg hadiah pe ek? pe kata korg tlg aku pkir..  nk wat kejutan beruk ke? bg hadiah misteri ke? or pegi mkn2 je.. hmm... mcm mna? ada idea x?

hadiah misteri?
tahniah! anda menerima seutas jam tgn brjenama Rolex.. (ori ke? jgn x ori taw...) hehe..

Nk bg ape ni?
aku nk la benda yg sempoi2.. yg xpenah dibuat org. sempoi but at the same time romantic. ada x?
aku ada la search2 kt internet ni.. mostly benda yg common utk lelaki mcm wallet, belt, kemeja, jam tgn, tie.. tp benda2 ni bek tggu wat hantaran je la... hik3.. student wat gaya student.. xpyh nk mahal sgt. pentingkn keperluan bukan kehendak. cewah!! tringat subjek eco time skolah dlu.
tp bg yg byk duit, bleh la beli mahal2... ada aku kesah?

Aku ada la jmpa tips pemilihan hadiah mgikut zodiak. so korg bleh la baca kalo rajin.. tp jgn la prcaya sgt benda2 mcm ni. juz for fun.



Si Aries

Sekiranya si dia berbintang Aries, kamu mempunyai 3 pilihan dalam menentukan hadiah yang paling sesuai untuk mereka. Mereka yang berzodiak Aries ini seorang yang bersemangat, aktif dan gemar untuk kekalkan tahap kesihatan mereka. Mereka juga gemar mengalu-alukan teman-teman dengan cara mereka sendiri. Selain itu mereka juga seorang yang bekerja keras dan pentingkan kejayaan dalam hidup. oleh yang demikian, hadiah yang paling sesuai untuk mereka misalnya barangan kesihatan, pinggan mangkuk dan jam. Pendek kata, hadiah yang paling sesuai untuk mereka adalah berkaitan dengan kesihatan dan juga barangan rumah, contohnya pinggan mangkuk yang mungkin digunakan bila menyambut kedatangan tetamu nanti!

Si Taurus

Sememangnya si Taurus yang terkenal dengan sikap rendah diri ini gemarkan hidup berkeluarga dan menghabiskan masa di rumah. Mereka ini juga cukup mahir dalam menguruskan soal kewangan. Jadi tak hairanlah jika mereka selalunya diberikan tugas sebagai menteri kewangan dalam keluarga. Selain itu, mereka juga gemarkan kehidupan yang aman damai. Dari segi pemilihan warna, mereka lebih gemarkan warna yang agak konservatif seperti colat. Hadiah yang dicadangkan kepada mereka ini seperti dompet kulit, set pinggan, hamper makanan ataupun tv. Tapi ingat, walaupun mereka ini jenis tak berkira tentang harga hadiah yang bakal diberikanm, tapi sudah pasti hadiah kamu itu tidak dapat dilupakan seumur hidup jika hadiah itu mahal! Biasalah, mereka ni kan gemarkan sesuatu yang mahal beb!

Si Gemini

Seseorang yang bernaung di bawah zodiak ini seorang yang pandai bergaul dengan sesiapa saja dan bijak memulakan perbualan biarpun dengan orang yang baru dikenali. Citarasa mereka tertumpu pada sesuatu yang moden dan menyukai warna yang terang. Selain itu mereka juga bersifat inovatif serta gemar dalam perara yang berkaitan dengan dunia seni. Dicadangkan hadiah yang lebih bermakna bagi mereka ialah hadiah seperti housing telefon yang berwarna- warni dan comel, playstation, jaket terkini atau barangan kraftangan. Yang penting hadiah itu boleh mereka gunakan dan praktikal! Tak perlu hadiahkan mereka yang mahal sangat

Si Cancer

Seperti si Taurus, mereka yang berbintang Cancer ini menggemari suasana di rumah dan sanggup menghabiskan masa seharian di rumah saja. Bagi mereka, tak ada tempat yang lebih selesa daripada rumah. Mereka ni juga seorang yang berjiwa sentimental hingga kadangkala keterlaluan dalam menyambut tetamu. Dari segi penampilan, mereka gemarkan fabrik yang halus dan warna yang lembut. Hadiah yang paling sesuai diberikan kepada mereka seperti hiasan rumah, buku atau koleksi si anak patung yang comel!


Si Leo

Ternyata si Leo memang terkenal dengan citarasa mereka yang mewah dan tak dapat dipisahkan dengan dunia glamour. Mereka hanya menyukai sesuatu yang dirasakan terbaik. Pendek kata, mereka ini suka bersikap menunjuk-nunjuk dan sukar nak memahami orang lain. Hadiah yang dicadangkan seperti minyak wangi jenama terkenal, aksesori terkini atau sehelai jeans berjenama terkenal. Oleh yang demikian, jika benar kamu nak ambil hati mereka, bersedialah untuk keluarkan modal lebih untuk membeli hadiah yang berharga dan mahal untuk mereka. Tentu kamu dianggap teman yang baik hati

Si Virgo

Mereka ini gemarkan sesuatu yang simple dalam hidup. Namun citarasa mereka dalam pemilihan pakaian dan hiasan rumah tidak kurang hebatnya tau. Selain itu mereka sangat mementingkan soal kerja yang bagi mereka adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. dalam pemilihan hadiah, mereka gemarkan hadiah yang praktikal bagi mereka. Misalnya jam tangan, buku masakan atau baju. Boleh juga mereka gunakan dalam kehidupan seharian. Soal harga, mereka tak kisah. Asal ikhlas dan barang itu berguna.

Si Libra

Libra ini boleh tahan juga sikap romantisnya. Begitu juga soal berpakaian yang cukup diambil berat. Biar simple tapi menarik. Dalam pergaulan mereka mudah mendapat teman baru dan gemarkan muzik dan seni. Sekiranya bercadang hendak memberikan hadiah kepada si Libra, apa kata kamu memilih kotak muzik, wangian, tali leher atau VCD muzikal? Tentu senyum mereka sampai ke telinga

Si Scorpio

Scorpio memang tidak dapat dipisahkan dengan air. Itu adalah elemen utama bagi mereka apatah lagi bila ingin berehat. Sebab itu percutian yang paling indah bagi mereka apabila pergi ke tempat-tempat seperti pantai. Hadiah yang dicadangkan seperti tuala mandi, aroma mandian atau pakej percutian ke pulau.

Si Sagitarius

Mereka ini memang cukup mudah untuk dipuaskan kerana mereka tidak banyak songeh. Segalanya diterima dengan terbuka. Memang tak susah untuk memilih hadiah untuk mereka ini. Namun Sagitarius gemar bergurau, sukakan aktiviti luar dan gemarkan gaya ringkas serta menarik. Dari segi pemakaian, mereka cukup bijak menyuaipadankan pakaian mereka. Hadiah yang dicadangkan seperti beg untuk aktiviti lasak, kasut sukan atau sebuah parti BBQ!

Si Capricorn

Corak pemikiran mereka agak konservatif dan mereka gemarkan hadiah yang punya kualiti dan praktikal. Dalam kehidupan seharian, mereka sentiasa pastikan penampilan mereka sentiasa dijaga. Dari segi pemilihan pakaian dan hiasan, mereka gemarkan yang bercorak klasik dan menarik. Hadiah yang sesuai untuk mereka seperti pakej penjagaan badan, set sikat atau diari.

Si Aquarius

Mereka yang berzodiak ini sering berubah-ubah citarasa mereka. Mereka juga kurang pandai berguaru dengan orang lain dan lebih serius. Bagi mereka, yang utama dalam hidup adalah keamanan dan kasih saying. Hadiah yang dicadangkan ialah seperti hiasan aksesori, lukisan atau CD/kaset.

Si Pisces
Mereka ini cukup sensitif dan sukar difahami sikap mereka jika tidak didekati. Mereka pentingkan keluarga daripada segala-galanya. Begitu juga persahabatan yang mendapat tempat istimewa di dalam hati mereka. Dalam masa yang sama, mereka juga sangat romantis ornagnya. Hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada mereka ialah seperti lilin wangi, kad atau sajak yang kamu reka sendiri.

So, aku pnya pria trhebat ni Si Aries. aku lak Si Pisces. 


kalo ikutkan tips yg aku dpt, mcm kena je tips ni. dia mmg suka barangan rumah. dia kn chef.. tu nk beli, ni nk beli. 
bleh jd mr. mama dh... hehe.. 
aku igt nk bg apron ke.. ok x? mcm cite tiramisu.. sweet kn?


ptu wat sijil anniversary... hehe..
wat sijil ala2 sijil kawen. hik3..
nnt la pkir lg.. korg ada idea x? bleh la sumbang2 idea.. nk sumbang duit pn dialu2kn..:)


                                   nah abg hadiahnya... hepy 3rd anniversary.

p/s: kalo tya laki nk hadiah pe? mst nk kapel lg 1 kn.. or bg yg dh kawen, nk kawen lg 1. :)