CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

dream girl...

dream girl...
cerita kehidupan realiti dan fantasi

Thursday, February 17, 2011

Hadiah untuk pria terhebat?

Hebat sgt ke pria ampa smua? hot ke? gempak? cun abis... oppsss.... hehe...
So? not bad? ikut mata yg memandang. rite?
So, my 3rd anniversary ujung bulan ni.. Aku tgh pkir nk bg hadiah pe ek? pe kata korg tlg aku pkir..  nk wat kejutan beruk ke? bg hadiah misteri ke? or pegi mkn2 je.. hmm... mcm mna? ada idea x?

hadiah misteri?
tahniah! anda menerima seutas jam tgn brjenama Rolex.. (ori ke? jgn x ori taw...) hehe..

Nk bg ape ni?
aku nk la benda yg sempoi2.. yg xpenah dibuat org. sempoi but at the same time romantic. ada x?
aku ada la search2 kt internet ni.. mostly benda yg common utk lelaki mcm wallet, belt, kemeja, jam tgn, tie.. tp benda2 ni bek tggu wat hantaran je la... hik3.. student wat gaya student.. xpyh nk mahal sgt. pentingkn keperluan bukan kehendak. cewah!! tringat subjek eco time skolah dlu.
tp bg yg byk duit, bleh la beli mahal2... ada aku kesah?

Aku ada la jmpa tips pemilihan hadiah mgikut zodiak. so korg bleh la baca kalo rajin.. tp jgn la prcaya sgt benda2 mcm ni. juz for fun.



Si Aries

Sekiranya si dia berbintang Aries, kamu mempunyai 3 pilihan dalam menentukan hadiah yang paling sesuai untuk mereka. Mereka yang berzodiak Aries ini seorang yang bersemangat, aktif dan gemar untuk kekalkan tahap kesihatan mereka. Mereka juga gemar mengalu-alukan teman-teman dengan cara mereka sendiri. Selain itu mereka juga seorang yang bekerja keras dan pentingkan kejayaan dalam hidup. oleh yang demikian, hadiah yang paling sesuai untuk mereka misalnya barangan kesihatan, pinggan mangkuk dan jam. Pendek kata, hadiah yang paling sesuai untuk mereka adalah berkaitan dengan kesihatan dan juga barangan rumah, contohnya pinggan mangkuk yang mungkin digunakan bila menyambut kedatangan tetamu nanti!

Si Taurus

Sememangnya si Taurus yang terkenal dengan sikap rendah diri ini gemarkan hidup berkeluarga dan menghabiskan masa di rumah. Mereka ini juga cukup mahir dalam menguruskan soal kewangan. Jadi tak hairanlah jika mereka selalunya diberikan tugas sebagai menteri kewangan dalam keluarga. Selain itu, mereka juga gemarkan kehidupan yang aman damai. Dari segi pemilihan warna, mereka lebih gemarkan warna yang agak konservatif seperti colat. Hadiah yang dicadangkan kepada mereka ini seperti dompet kulit, set pinggan, hamper makanan ataupun tv. Tapi ingat, walaupun mereka ini jenis tak berkira tentang harga hadiah yang bakal diberikanm, tapi sudah pasti hadiah kamu itu tidak dapat dilupakan seumur hidup jika hadiah itu mahal! Biasalah, mereka ni kan gemarkan sesuatu yang mahal beb!

Si Gemini

Seseorang yang bernaung di bawah zodiak ini seorang yang pandai bergaul dengan sesiapa saja dan bijak memulakan perbualan biarpun dengan orang yang baru dikenali. Citarasa mereka tertumpu pada sesuatu yang moden dan menyukai warna yang terang. Selain itu mereka juga bersifat inovatif serta gemar dalam perara yang berkaitan dengan dunia seni. Dicadangkan hadiah yang lebih bermakna bagi mereka ialah hadiah seperti housing telefon yang berwarna- warni dan comel, playstation, jaket terkini atau barangan kraftangan. Yang penting hadiah itu boleh mereka gunakan dan praktikal! Tak perlu hadiahkan mereka yang mahal sangat

Si Cancer

Seperti si Taurus, mereka yang berbintang Cancer ini menggemari suasana di rumah dan sanggup menghabiskan masa seharian di rumah saja. Bagi mereka, tak ada tempat yang lebih selesa daripada rumah. Mereka ni juga seorang yang berjiwa sentimental hingga kadangkala keterlaluan dalam menyambut tetamu. Dari segi penampilan, mereka gemarkan fabrik yang halus dan warna yang lembut. Hadiah yang paling sesuai diberikan kepada mereka seperti hiasan rumah, buku atau koleksi si anak patung yang comel!


Si Leo

Ternyata si Leo memang terkenal dengan citarasa mereka yang mewah dan tak dapat dipisahkan dengan dunia glamour. Mereka hanya menyukai sesuatu yang dirasakan terbaik. Pendek kata, mereka ini suka bersikap menunjuk-nunjuk dan sukar nak memahami orang lain. Hadiah yang dicadangkan seperti minyak wangi jenama terkenal, aksesori terkini atau sehelai jeans berjenama terkenal. Oleh yang demikian, jika benar kamu nak ambil hati mereka, bersedialah untuk keluarkan modal lebih untuk membeli hadiah yang berharga dan mahal untuk mereka. Tentu kamu dianggap teman yang baik hati

Si Virgo

Mereka ini gemarkan sesuatu yang simple dalam hidup. Namun citarasa mereka dalam pemilihan pakaian dan hiasan rumah tidak kurang hebatnya tau. Selain itu mereka sangat mementingkan soal kerja yang bagi mereka adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. dalam pemilihan hadiah, mereka gemarkan hadiah yang praktikal bagi mereka. Misalnya jam tangan, buku masakan atau baju. Boleh juga mereka gunakan dalam kehidupan seharian. Soal harga, mereka tak kisah. Asal ikhlas dan barang itu berguna.

Si Libra

Libra ini boleh tahan juga sikap romantisnya. Begitu juga soal berpakaian yang cukup diambil berat. Biar simple tapi menarik. Dalam pergaulan mereka mudah mendapat teman baru dan gemarkan muzik dan seni. Sekiranya bercadang hendak memberikan hadiah kepada si Libra, apa kata kamu memilih kotak muzik, wangian, tali leher atau VCD muzikal? Tentu senyum mereka sampai ke telinga

Si Scorpio

Scorpio memang tidak dapat dipisahkan dengan air. Itu adalah elemen utama bagi mereka apatah lagi bila ingin berehat. Sebab itu percutian yang paling indah bagi mereka apabila pergi ke tempat-tempat seperti pantai. Hadiah yang dicadangkan seperti tuala mandi, aroma mandian atau pakej percutian ke pulau.

Si Sagitarius

Mereka ini memang cukup mudah untuk dipuaskan kerana mereka tidak banyak songeh. Segalanya diterima dengan terbuka. Memang tak susah untuk memilih hadiah untuk mereka ini. Namun Sagitarius gemar bergurau, sukakan aktiviti luar dan gemarkan gaya ringkas serta menarik. Dari segi pemakaian, mereka cukup bijak menyuaipadankan pakaian mereka. Hadiah yang dicadangkan seperti beg untuk aktiviti lasak, kasut sukan atau sebuah parti BBQ!

Si Capricorn

Corak pemikiran mereka agak konservatif dan mereka gemarkan hadiah yang punya kualiti dan praktikal. Dalam kehidupan seharian, mereka sentiasa pastikan penampilan mereka sentiasa dijaga. Dari segi pemilihan pakaian dan hiasan, mereka gemarkan yang bercorak klasik dan menarik. Hadiah yang sesuai untuk mereka seperti pakej penjagaan badan, set sikat atau diari.

Si Aquarius

Mereka yang berzodiak ini sering berubah-ubah citarasa mereka. Mereka juga kurang pandai berguaru dengan orang lain dan lebih serius. Bagi mereka, yang utama dalam hidup adalah keamanan dan kasih saying. Hadiah yang dicadangkan ialah seperti hiasan aksesori, lukisan atau CD/kaset.

Si Pisces
Mereka ini cukup sensitif dan sukar difahami sikap mereka jika tidak didekati. Mereka pentingkan keluarga daripada segala-galanya. Begitu juga persahabatan yang mendapat tempat istimewa di dalam hati mereka. Dalam masa yang sama, mereka juga sangat romantis ornagnya. Hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada mereka ialah seperti lilin wangi, kad atau sajak yang kamu reka sendiri.

So, aku pnya pria trhebat ni Si Aries. aku lak Si Pisces. 


kalo ikutkan tips yg aku dpt, mcm kena je tips ni. dia mmg suka barangan rumah. dia kn chef.. tu nk beli, ni nk beli. 
bleh jd mr. mama dh... hehe.. 
aku igt nk bg apron ke.. ok x? mcm cite tiramisu.. sweet kn?


ptu wat sijil anniversary... hehe..
wat sijil ala2 sijil kawen. hik3..
nnt la pkir lg.. korg ada idea x? bleh la sumbang2 idea.. nk sumbang duit pn dialu2kn..:)


                                   nah abg hadiahnya... hepy 3rd anniversary.

p/s: kalo tya laki nk hadiah pe? mst nk kapel lg 1 kn.. or bg yg dh kawen, nk kawen lg 1. :)

Wednesday, February 9, 2011

Ring of Fortune...

B4 cuti sem raya cina, aku ngan bf aku g jalan2.. aku tringin nk mkn pizza.. so, we decided to try this pizza...


nmpk sedap kn? nyum2... rsa x sabar nk mkn.. while waiting the pizza, kteorg mkn soup dlu n the garlic bread..


 tp... bila pizza dh smpai... tgok la rupa pizza yg dh siap dimasak..

x sama lgsung kn mcm dlm iklan?
rasa dia? bg aku... boleh la... bleh la mkn.. tp better mkn chicken supreme ke.. lg sedap..
tp aku ngan bf aku mkn je la.. dh order kn..
sub total rm38.90+ service charge rm3.89+ govt tax rm2.33= total rm45.12.. 
so, dh spent rm45.12.. telan je la.. tu pun lg 2 slices xleh abis..
end of the story.. tq..:)