CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

dream girl...

dream girl...
cerita kehidupan realiti dan fantasi

Wednesday, April 27, 2011

Kebahagian Bukan Milikku (Part 2)

"Isya cuti sampai bila?" soal mama.
"Tiga minggu je ma. Isya ada short sem. Tak dapat la cuti lama-lama," kataku.

Aku dapat melihat wajah mama yang sayu. Aku tahu mama sunyi. Mama bosan. Kalau la mama mendapat seorang suami yang penyayang, yang ada hanya untuk mama, mesti hidup mama ceria. Aku tidak kisah kalau mama mahu mencari pengganti lain. Aku menyokongnya. Aku tidak mahu mama keseorangan dalam menempuh hari-hari tuanya nanti. Sekarang hidup mama hanya bertemankan adik-adikku. Ayah jarang sekali pulang.

"Nanti isya dah balik kolej, tak ada siapa la nak sembang dengan mama. Adik-adik kamu sibuk dengan sekolahnya. Ika pula memerap je dalam bilik. Tinggal mama dengan Aril je. Aril ni pun tahun depan dah nak tadika," mama meluahkan perasannya.
"Peah kan ada.. Mama makan peah makan. Mama tidur peah pun ikut tidur.. Mama joget confirm peah pun joget.. hehe," gurauku.
"Tapi bila mama tanya, yang peah tahu jawab 'meow..meow..' je la," balas mamaku.

Aku kasihankan mamaku. Banyak dugaan yang ditempuhinya. Aku masih teringat kata mamaku suatu ketika dulu. "Mama bertahan pun kerana anak-anak mama".

Kebahagian Bukan Milikku (Part 1)

"Mama.... good morning mama," laungku sambil tersengih.
"Morning pe dah nak masuk tengah hari ni.. tu nasi lemak pagi tadi bawah tudung saji. Cucur badak pun ada, aril beli kat kedai maksu tadi," membebel mama..
"Ala ma ni.. baru pukul 11 pagi. Kat kolej kan ma, malam isya study, nak subuh baru tidur.. dah terbiasa ma," mengomel aku pada mama.
"Ye.. mama tahu.. isya baru lepas exam.. jadi burung hantu kan. Macam mana la exam?" soal mama.
"Exam? Boleh2 la mama.. tengok la result nanti macam mana. Mama doakan tau result isya elok," pintaku.
"Mama selalu doakan anak-anak mama berjaya. Dah, sarapan dulu. Nanti nak makan tengahari pulak," arah mama.

Cahaya lampu kereta terang terpancar ke sliding door rumahku. Mama menyelak langsir untuk melihat siapa tetamu yang datang. Rupanya ayah. Mama memberitahu, sudah dua minggu ayah tidak pulang. Aku keluar menyambut ayah.
"Isya.. bila balik?" tanya ayah.
Semalam ayah.. jawabku sambil mencium tangannya. Diikuti dengan adik-adikku yang mengikut perbuatanku.
Usai makan malam, aku dan adik-adikku masuk ke bilik untuk berborak panjang. Tinggallah mama menemani ayah menonton televisyen.

Mama...mama...
"Ayah mana mama?" tanyaku.
"Dah balik lepas subuh tadi," balas mamaku.
"La.. awalnya ma. Tak sempat nak borak apa-apa pun semalam," aku mengadu.
"Biasalah tu. Bini mudanya call. Bukan bagi ayah duduk lama-lama kat sini," kata mama.
Aku dapat merasa betapa kecewanya mama. Walaupun mama kata dah lali, dah tak kesah, tapi aku dapat memahami perasaan mama..
Sabarlah mama...